Tags
minhaj, mujaddid, mujaddidi, muraqabah, naqshabandi, naqshband, naqsyabandi, rabbani, risalah, salikin, sufi, suluk, tarekat, tariqa, tariqat, tashawwuf, thariqat
Risalah Suluk Tariqat Naqshabandiyyah Mujaddidiyyah
Ketahuilah bahawa jalan-jalan Tariqat untuk sampai kepada Allah adalah sebanyak bilangan nafas-nafas Makhluqat. Daripada kesemua jalan Tariqat yang paling hampir dan mudah adalah Tariqat ‘Aaliyyah Naqshabandiyyah kerana beramal Ittiba’ menuruti Sunnah Rasulullah ‘Ala Sahibihas-solatu Wat-Tahiyyah dan menjauhi Bida’ah yang menyesatkan kerana Hadharat Para Masyaikh Naqshabandiyyah telah memasukkan Nihayat penghujungan di dalam Bidayat permulaan dan kehadiran Hudhur Zat serta Agahi berjaga-jaga dalam kehadiran yang mereka ketengahkan dapat menghasilkan kehadiran yang berterusan. Dalam Tariqat ini sepertimana yang diamalkan oleh Hadharat Para Sahabat Kiram ‘Alaihimur-Ridhwan ialah menghasilkan limpahan dan Istifadah Faidhz secara pantulan iaitu dengan bersuhbat dan mengasihi Syaikh Murshid yang memimpin dengan sangat menitik-beratkan Adab dan hanya menjadikan amalan Zikir Azkar dan Syughal Asyghal sebagai jalan mendapatkan bantuan dan pertolongan. Atas jalan Tariqat ini, amalan Riyadhat adalah berfaedah dan Riyadhah yang paling utama adalah Ittiba’ menuruti Sunnat Sanniyyah.
Sebagai penjelasan yang pertama adalah Yad Kard. Ianya bermaksud mengulang-ulang lafaz Ismu Zat pada kedudukan Maqam Lataif Khamsah yang lima dengan cara berikut, mula-mula tongkatkan lidah ke langit-langit dan dengan sepenuh kesungguhan Himmat hendaklah bertawajjuh menghadapkan pandangan batin ke arah kedudukan Qalb Sanubari yang tempatnya berada pada bawah tetek kiri. Lafaz Allah yang Mubarak iaitu Nama Zat hendaklah dikhayalkan sebutannya di dalam hati iaitu pada Latifah Qalb Sanubari tersebut. Hendaklah menyebutkan lafaz yang agung ini dengan lidah hati tanpa perlu membayangkan rupabentuk hati sanubari Latifah Qalb tersebut. Nafas janganlah ditahan bahkan biarkan nafas berjalan seperti kebiasaannya. Menerusi nama yang agung tersebut, dapatlah direnungi tentang Zat yang Tanpa Apa Mahiyyat Bechun dan Tanpa Bagaimana Kaifiyyat Bechegun serta tanpa Mitsal. Jangan memberikan penumpuan terhadap mana-mana Sifat supaya dari ketinggian martabat Zat Salik tidak Tanazzuli menuruni ke martabat Sifat yang lebih rendah dan supaya tidak cenderung daripada Tanzih Zati ke arah Tanzih Sifati.
Apabila Qalb sudah menghasilkan penguasaan dengan Zikir Ismu Zat ini dan mengingati Zat Haqq di dalam hati sudah menjadi Sifat Zatiyyah bagi dirinya yakni sebagaimana dengan kekuatan pendengaran kita dapat mendengar dan dengan kekuatan penglihatan kita dapat melihat adalah tidak dapat dipisahkan, maka begitulah juga bagi hati hendaklah mengingati Zat Allah yang Haqq secara lazim. Kemudian, dengan jalan Tariqat yang telah dinyatakan, hendaklah memberikan penumpuan Tawajjuh ke arah kedudukan Latifah Ruh yang berada di bawah tetek kanan bertentangan dengan kedudukan Latifah Qalb dan mengulang-ulang Ismu Zat dengan menggunakan lidah Ruh sehingga terhasil Zikir secara Dawam berterusan pada Latifah Ruh dan menjadi Sifat Zatiyyah baginya. Kemudian pada Maqam Latifah Sirr dengan melakukan Zikir Ismu Zat sebagaimana cara yang telah dinyatakan pada kedudukan jarak empat jari dari kedudukan Latifah Qalb menghala ke arah tengah dada dan lakukan Zikir. Kemudian, berzikir memberikan Tawajjuh pada Maqam Latifah Khafi yang kedudukannya adalah kadar empat jari dari kedudukan Maqam Latifah Ruh menghala ke arah tengah dada. Kemudian, hendaklah memberikan penumpuan Tawajjuh dan berzikir Ismu Zat pada Maqam Latifah Akhfa yang kedudukan Maqamnya pada tengah-tengah dada. Kemudian hendaklah bertawajjuh ke arah otak yang merupakan kedudukan Latifah Nafs dan berzikir pada Maqam tersebut. Kemudian, hendaklah menyibukkan diri dalam amalan Sultan Az-Zikr.
Yang dimaksudkan dengan Sultan Az-Zikr ialah menarik nafas panjang-panjang dan ketika dalam menahan nafas yang panjang, hendaklah melakukan Zikir pada kesemua tempat Maqam Lataif yang telah dinyatakan supaya Zikir Ismu Zat ini akan berjalan ke seluruh badan bahkan yang diluar dirinya juga akan turut berzikir dan menjadi Sifat Zatiyyah bagi dirinya dan kegiatan ini dinamakan sebagai Yad Dasyat.
Sebagai penjelasan hendaklah diketahui bahawa apabila Zikir sudah berjalan ke seluruh Latifah Qalibiyyah iaitu pada seluruh zarrah-zarrah dan roma rambut di tubuh badan, Salik hendaklah menyebutkan Zikir Nafi Wa Itsbat dengan cara berikut, mula-mula duduk Tahiyyat Awwal kemudian buangkan nafas dari perut hingga habis dan tegakkan tulang belakang, kemudian sebutkan lafaz La dengan lidah hati dan menariknya sehingga kepala dan lafaz Ilaha ditarik ke arah bahu kanan dan lafaz Illallah dipalikan ke arah hati Latifah Qalb dengan jumlah bilangan yang ganjil sehingga 27 atau lebih darinya. Zikir Nafi Wa Itsbat hendaklah dilakukan dengan bilangan yang ganjil, bukan bilangan yang genap, kerana itu kegiatan memerhatikan bilangan yang ganjil ini dinamakan sebagai Wuquf ‘Adadi.
Hendaklah diketahui bahawa yang dimaksudkan dengan Alam Kabir adalah alam yang merangkumi sekalian Mukawwinat yang telah dijadikan oleh Allah Ta’ala, sama ada daripada Alam Amar mahupun Alam Khalaq. Terdapat lima kejadian daripada Alam Khalaq iaitu Nafs dan Empat Anasir iaitu Angin, Api, Air dan Tanah. Terdapat lima kejadian daripada Alam Amar iaitu Qalb Kulli, Ruh Kulli, Sirr Kulli, Khafi Kulli, Akhfa Kulli. Sebagaimana usul bagi empat Anasir adalah pada Alam Khalaq, demikian juga usul bagi lima Lataif Khamsah adalah di atas ‘Arash pada Alam Amar. ‘Arash adalah penghujung Muntaha bagi Alam Khalaq dan di atasnya adalah Maqam Qalb dan di atasnya adalah Maqam Ruh dan di atasnya adalah Maqam Sirr dan di atasnya adalah Maqam Khafi dan di atasnya adalah Maqam Akhfa.
Yang dimaksudkan dengan Alam Saghir adalah Insan yang merupakan himpunan Murakkab sepuluh juzuk-juzuk Maknawi. Setelah menyempurnakan Zikir pada Latifah Qalib, setiap Latifah daripada lima Lataif Khamsah akan dikurniakan suatu kecintaan dari atas ‘Arash yang dibawakan ke bawah terhadap juzuk-juzuk anasir jasmani dan keterhimpunan ini membentuk suatu tertib susunan Haiat Wahdani yang merupakan suatu Naskhah Jami’ yang terhimpun dan sebagai Fatihah Al-Kitab pada Kitab Kainat.
Ketahuilah dengan jelas bahawa lima Lataif Khamsah yang bertakluk dengan Alam Amar bukanlah termasuk di dalam jisim dan bukan di luarnya dan bukan Muttasil yang tercantum dan bukan Munfasil yang terpisah, bahkan ianya adalah penolong dan pembantu bagi seluruh jisim dan segala yang bertakluk dengannya. Akan tetapi oleh kerana selepas jisim, juzuk-juzuk Mazhariyyat adalah lebih banyak dari juzuk-juzuk yang lain dan terdapat perbezaan dalam penzahiran Mazhariyyat menurut Isti’dad kesediaan serta kemampuan Para Salik, maka kerana itulah untuk memudahkan Para Salik sebahagian Para Masyaikh telah menetapkan Maqam Latifah Ruh di bawah tetek kanan iaitu bertentangan dengan Maqam Latifah Qalb di bawah tetek kiri. Demikian juga, Para Salikin hendaklah memperhatikan kedudukan Maqam Latifah Sirr iaitu pada jarak empat jari dari Maqam Latifah Qalb sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Para Masyaikh kerana rahsia-rahsia Asrar adalah bersesuaian secara sepenuhnya dengan Qulub. Para Masyaikh telah menetapkan bahawa pada kedudukan yang bertentangan dengan Maqam Latifah Ruh dengan kadar jarak empat jari menghala ke arah dada adalah Maqam Latifah Akhfa yang berada pada tengah-tengah dada dan merupakan Kanz Ar-Rahman yakni Khazanah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Sebahagian Para Salikin telah menetapkan Maqam Sirr pada dada dengan menurut perbezaan keupayaan Isti’dad masing-masing dan daripada Qaul perkataan Para Buzurgan tersebut dapatlah dijadikan dalil bahawa, “Sudur Al-Abrar Kunuz Al-Asrar” yakni dada-dada Para Abrar yang berkebaikan adalah tempat tersimpan khazanah-khazanah rahsia. Sebahagian dari mereka telah menetapkan Maqam Khafi pada dahi dan Maqam Akhfa pada bahagian tengah kepala dan seterusnya menetapkan Maqam Nafs adalah pada bawah pusat. Kenyataan sebuah Hadits dapat dijadikan dalil mengenai perkara bahawa, “A’da ‘Aduwwika Nafsuka Allati Baina Janbika” yang bermaksud bahawa, “Musuh kamu yang paling besar adalah Nafs kamu yang berada di antara dua rusukmu”. Dalam jalan Tariqat yang lebih terdahulu, kedudukan Maqam Nafs adalah pada kepala, ianya kerana perkara terakhir yang keluar dari kepala-kepala Para Siddiqin adalah “Hubbu Jah” yakni cinta terhadap kemegahan. Kerana itulah kecintaan terhadap Hubbu Jah yang merupakan Sifat Zatiyyah bagi Nafs berada pada kepala. Justeru, pendapat yang lebih Aghlab adalah bahawa Maqam Nafs juga berada pada kepala, maka hendaklah difikirkan.
Sebahagian Hadharat Para Masyaikh telah menetapkan Maqam Khafi pada “Sawad A’zham” yakni pada bahagian depan mata dan telah menetapkan kedudukan Maqam Akhfa pada “Umm Ad-Dimagh” yakni pada bahagian belakang kepala. Sebahagian Hadharat Para Masyaikh tidak menetapkan sebarang kedudukan yang tertentu bagi kedudukan semua Lataif. Mereka mengatakan bahawa Lataif ini adalah bertempat dan tiada bertempat, yakni suatu jenis Ma’iyyat kebesertaan yang terhasil pada tempat tertentu tidak terdapat jenis Ma’iyyat kebesertaannya bahkan pada maknanya ialah bahawa sekelian Lataif ini adalah Tanpa Kam dan Tanpa Kaif.
Adalah dijelaskan bahawa Asal Latifah Qalb adalah Tajalli Fi’l dan Takwin Haqq Ta’ala yakni seluruh Af’al perbuatan adalah didapati bahawa ianya hanya dinisbatkan kepada Haqq Ta’ala dan menerusi ‘Ilmu Wijdani dapatlah diketahui bahawa selain Allah tiada sebarang Fa’il yang lain. Maqam ini merupakan tempat terzahirnya Fana Qalb dan tanda-tanda alamatnya adalah bahawa tiada lagi tinggal sebarang baki takluk secara ilmiah ataupun kecintaan Mahabbat dengan Ghair Haqq yang selain Allah Ta’ala, yakni Ma Siwa Allah akan menjadi lenyap dari hatinya sehinggakan bahawa walau dengan Takalluf yakni Salik membebankan diri dalam kehidupan untuk membawa khayalan Ma Siwa Allah ke dalam hatinya namun ianya tidak dapat datang dalam khayalannya. Sebagaimana ilmu pengetahuan berkenaan benda-benda Ashya sudah luntur dari dirinya, maka begitu juga kecintaan Mahabbat terhadap benda-benda Ashya juga akan terluntur dari fikirannya dengan darjah yang lebih utama.
Warna Nur cahaya Qalb telah ditetapkan sebagai kuning. Apabila Salik sampai hingga Fana Qalb, maka dia adalah termasuk dalam kalangan Para Awliya Allah. Dan Latifah Qalb ini adalah di bawah telapak kaki Hadhrat Adam ‘Ala Nabiyyina Wa ‘Alaihissalam. Oleh kerana itu seseorang yang digelar sebagai Adami Al-Mashrab adalah Salik yang mencapai Wasil dengan Hadhrat Haqq menerusi jalan Latifah ini.
Hendaklah diketahui juga bahawa Asal Latifah Ruh adalah Sifat-Sifat Tsubutiyyah Haqq Ta’ala yang martabatnya adalah selangkah lebih hampir kepada Hadhrat Haqq Ta’ala dari Martabat Fi’l. Sesudah terhasilnya Fana pada Latifah Ruh, Salik akan mendapati bahawa seluruh Sifat-sifat Tsubutiyyah adalah dinisbatkan terhadap Hadhrat Haqq Ta’ala dan menerusi ‘Ilmu Wijdani ianya dapat diketahui bahawa tiada yang hidup dan tiada yang mengetahui dan tiada yang berkehendak melainkan Allah Ta’ala. Warna cahaya Nur Latifah Ruh telah ditetapkan berwarna merah. Wilayat Latifah Ruh adalah di bawah telapak kaki Hadhrat Ibrahim ‘Alaihissalam. Seseorang digelar sebagai Ibrahimi Al-Mashrab adalah Salik yang menempuh jalan Latifah ini untuk sampai ke Hadhrat Haqq Subhanahu Wa Ta’ala dan keupayaan Isti’dad Para Ibrahimi Al-Mashrab adalah dua darjah daripada lima Darjat Wilayat.
Juga hendaklah diketahui bahawa Asal Latifah Sirr adalah Sifat-Sifat Salbiyyah yang martabatnya adalah selangkah lebih hampir kepada Hadhrat Haqq Ta’ala dari Sifat-Sifat Tsubutiyyah. Sesudah terhasil Fana pada Latifah ini, Salik akan mendapati bahawa segala Sifat-Sifat Salbiyyah adalah hanya dinisbahkan terhadap Hadhrat Haqq Ta’ala dan Salik akan dapat mengetahuinya menerusi pengetahuan ‘Ilmu Wijdani bahawa “Huwalladzi Laisa Kamitslihi Syaiun”, yakni Dia adalah Zat yang tiada sesuatu apa pun yang seumpama misal denganNya. Warna cahaya Nur Latifah Sirr adalah ditetapkan sebagai putih dan Wilayat Latifah ini adalah di bawah telapak kaki Hadhrat Musa ‘Alaihissalam. Seseorang Salik yang mengandungkan Wilayat Latifah Sirr ini bererti dia telah menempuh tiga martabat daripada lima Martabat Wilayat.
Juga hendaklah diketahui bahawa Asal Latifah Khafi adalah Shuyunat Zatiyyah yang selangkah lebih dekat kehampiran dengan Hadhrat Zat dan warna cahaya Nur Latifah Khafi telah ditetapkan sebagai hitam dan Wilayat ini berada di bawah telapak kaki Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam. Seseorang Salik yang “isawi Al-Mashrab adalah Salik yang menuju dan mencapai Hadhrat Quddus Ta’ala menerusi jalan Latifah Khafi ini. Salik yang mengandungkan Wilayat Khafi ini adalah mencapai darjah keempat dari lima Darjat Wilayat kewalian.
Juga hendaklah ketahui bahawa Asal Latifah Akhfa adalah seumpama Barzakh Hijab di antara Martabat Tanzihi dan Martabat Ahadiyyat Mujarrad. Fana pada Latifah ini ditambatkan dengan Tajalli Martabat Muqaddasah dan warna cahaya Nur bagi Latifah Akhfa ini telah ditentukan dengan warna Hijau. Wilayat Latifah ini adalah di bawah telapak kaki Hadhrat Khatim Ar-Rusul ‘Alaihimus Solatu Wassalam. Seseorang Salik yang mengambil minuman daripada limpahan Faidhz Latifah ini adalah mengandungkan Martabat Wilayat yang kelima dengan zatnya. [38]
Ketahuilah bahawa telah dinukilkan daripada Hadhrat Syaikh Mujaddid Alf Tsani Rahmatullah ‘Alaih bahawa mengerjakan Solat Fardhu Subuh ketika waktu masih gelap akan memberikan kesan Fana Akhfa. Juga hendaklah kamu ketahui bahawa kelima-lima Lataif Juzi hendaklah disampaikan kepada Lataif Kulli dan dengan Lataif Kulliyyah yang keseluruhannya hendaklah bertawajjuh terhadap Musamma iaitu Zat yang diberikan nama dengan ingatan secara Yad Dasyat yakni memberikan tumpuan Tawajjuh terhadap Musamma bagi nama Allah tanpa sebarang kaifiyat dan tanpa perantaraan lafaz dan makna supaya Hudhur terhadap Musamma dan Syuhud terhadap cahaya Nur Musamma dapat dipermudahkan.
Juga hendaklah diketahui bahawa apa sahaja yang tersingkap dan dipersaksikan di sini, pada Haqiqatnya adalah bayangan Zhill bagi Asma Ilahi dan bayangan Zhill ini tiada penghujungannya. Kebanyakan Salik menganggap bahawa bayangan Zhill sebagai Asal dan melakukan Ibadat terhadapnya. Semoga Allah Ta’ala memelihara kita dari keadaan tersebut, Amin.
Kemudian, hendaklah diketahui bahawa sesudah melaksanakan Tazkiyah Nafs, cahaya pada Latifah Nafs adalah tanpa warna dan tanpa kaifiyat bagaimana. Maka fahamilah bahawa Wilayat Kubra adalah meliputi tiga daerah dan satu daerah Qaus. ‘Uruj bagi kelima-lima Lataif Khamsah akan sampai hingga ke daerah pertama daripada tiga daerah-daerah Wilayat Kubra. Apabila insan mengalami peningkatan martabat, maka urusan muamalah adalah pada Nafs.
Dan akan berlaku Fana Atam yang lengkap, Baqa Akmal yang sempurna, Ithminan ketenangan Nafs, Insyirah Sudur kelapangan dada, keislaman yang Haqiqi dan meningkat ke tingkatan Ridha. Apabila berlaku juga peningkatan Taraqqi dari maqam ini, maka urusan muamalah akan berlaku pada unsur api, unsur angin dan unsur air. Dan apabila berlaku juga lagi peningkatan Taraqqi dari maqam ini, maka urusan muamalah adalah terhadap juzuk-juzuk Ardhzi yakni setiap-zarah-zarah Kainat yang merupakan kesempurnaan Nubuwwat. Dan apabila berlaku lagi peningkatan Taraqqi dari maqam ini, maka urusan muamalahnya adalah pada Haiat Wahdani yang pada Haqiqatnya adalah Ka’abah. Dan apabila berlaku lagi peningkatan dari maqam ini, maka akan berlakulah Sayr dalam Maqam Risalat, ‘Arifiyat, Mahbubiyyat, Khatimiyyat, Haqiqat Qurani dan Haqiqat Solat dan Ma’abudiyyat Sirfah dan Zat Bahat. Adapun Sayr pada dua maqam terakhir iaitu Maqam Ma’abudiyyat Sirfah dan Maqam Zat Bahat La Ta’ayyun adalah secara Nazari. [38]
Juga hendaklah diketahui bahawa apa sahaja yang dituliskan ini adalah yang bertakluk dengan penghampiran Qurb Wilayat. Adapun dalam penghampiran Qurb Nubuwwat yang merupakan jalan penghampiran yang paling dekat adalah menghasilkan kelupaan terhadap Masiwa Allah, menidakkan segala Af’al perbuatan, menafikan Sifat dan sebagainya. Seseorang yang berada dalam Qurb Nubuwwat melihat Masiwa dan mengetahui berkenaannya dan tidak memberikan sebarang tempat untuk kecintaan terhadapnya. Sifat dan Af’al perbuatan yang terdapat pada dirinya dianggapkan sebagai pinjaman dan seseorang peminjam hendaklah menyampaikan amanat kepada pemilik amanat supaya Fana yang Sahih dapat terhasil. Kemudian peminjam memakai pakaian amanat dan dalam secara adil bersama dengan anasir dan menyibukkan dirinya atas memperbetulkan pengabdiannya terhadap Zat Ilahi. Hendaklah memperkatakan yang baik-baik terhadap Allah Ta’ala dan bersikap Syafaqat ke atas makhluk Allah dan berdakwah menyeru mereka kepada Allah Ta’ala dan berikhtiar untuk Ittiba’ menuruti Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Faedah:
Adalah dikehendaki bahawa dalam mengucapkan Kalimah Nafi iaitu “La Ilaha”, seluruh Lataif Anfusi dan Afaqi dan seluruh Usul Lataif yang merupakan bayangan Zhilal Asma Ilahi dan seluruh Usul bagi Usul yang merupakan Sifat Salbi dan Shuyuni, seluruh Shuyunat Zati, seluruh I’tibarat Zati, seluruh Haiat Wahdani dan seluruh Haqaiq hendaklah dibawa di bawah Kalimah Nafi tersebut, dan ketika mengucapkan Kalimah Itsbat “Illa Allah” hendaklah bertawajjuh kepada Zat Bahat Ahadiyyat Mujarradah yang juga Tajarrud dari segala Tajarrudat. Dan ketika mengucapkan “Muhammadur Rasulullah”, cadar selimut keabdian dan kehambaan, sikap mengikuti dan mentaati hendaklah diperhatikan secara I’tidal dan meletakkan bebanan tersebut di atas bahunya, bahawa inilah jalan Qurb Nubuwwat yang paling hampir. Maka fahamkanlah.
Dalam jalan Tariqat ini, tiada sebarang Riyadhah melainkan menuruti Syara’ Muhammadi ‘Ala Sahibihas Solatu Wassalam, dan bersuhbat dengan Murshid Kamil Mukammil dan Rakan Maknawi. Dan untuk mendapatkan keridhaan Allah Ta’ala, tiada sebarang penawar dan penyembuh selain dari meninggikan Kalimah Allah dengan ikhlas dan itulah jalannya yang mana sudah menjadi tersembunyi sesudah zaman Para Tabi’in dan Para Tabi’ Tabi’in Rahmatullah ‘Alaihim Ajma’in, yang mana akan kembali terzahir sesudah berlalunya seribu tahun. Berita gembira untuk mereka yang telah menemui jalan Tariqat ini dan kepada mereka yang memberikan bimbingan kepada jalan ini.
Juga hendaklah diketahui bahawa Fana yang berlaku dalam Qurb Nubuwwat adalah berlainan dan Fana yang berlaku dalam Wilayat kubra adalah berbeza dan Fana yang berlaku dalam Lataif Khamsah yang lima juga adalah berasingan. Maka, fahamkanlah. [40]
Ketahuilah olehmu bahawa sekarang akan dijelaskan berkenaan jalan Tariqah untuk melakukan persiaran Sayr Dawair secara Tafsil supaya mudah untuk difahami, maka fahamkanlah!
Alam Kabir yakni Kainat mengandungi:
1. Asal Akhfa
2. Asal Khafi
3. Asal Sirr
4. Asal Ruh
5. Asal Qalb
6. ‘Arash A’zham
7. Unsur Api
8. Unsur Angin
9. Unsur Air
10. Unsur Tanah
Alam Saghir yakni Insan adalah suatu Haiat Wahdani yang terhasil menerusi keterhimpunan susunan sepuluh juzuk-juzuk Alam Khalaq dan Alam Amar yang mengandungi:
1. Latifah Akhfa
2. Latifah Khafi
3. Latifah Sirr
4. Latifah Ruh
5. Latifah Qalb Insani
6. Unsur Api
7. Unsur Angin
8. Unsur Air
9. Unsur Tanah
10. Haiat Wahdani Haqiqat Insani
Ketahuilah bahawa Insan dengan diiktibarkan pada shurat rupabentuk adalah mengandungi sepuluh perkara sebagai juzuknya, akan tetapi setelah perkara Furu’ dikembalikan kepada Ushul, dia adalah menjadi Jami’ yakni seorang yang terhimpun perkara Ushul dan Furu’, dan mengandungi perkara Kulliyyat dan Juziyyat, dan seterusnya menjadi terbilang dengan segala faedah juzuk Tanah dan mencapai peningkatan menerusi Haiat Wahdani.
Ketahuilah bahawa sebahagian Para Awliya telah menambah dan meluaskan lebih daripada kedua-dua daerah. Adapun ‘Aqal Kulli, ‘Aqal Juzi, Nafs Kulli, Nafs Juzi, Hayula Kulli, Hayula Juzi, Tabiat Kulliyyah, Tabiat Juziyyah, Shurat Kulliyyah, Shurat Juziyyah, Fi’l Mutlaq, Fi’l Muqayyad, Martabat Sa’adat Kulliyyah dan Juziyyah, Martabat Jami’iyyat Kulliyyah dan Juziyyah juga adalah termasuk padanya.
Segala yang Kulli bagi perkara-perkara tersebut adalah berada di Alam Kabir dan segala yang Juzi adalah terdapat pada Insan menurut iktibar penciptaan. Dan Insan Akmal yang paling sempurna adalah seorang yang paling terhimpun padanya dengan sekelian Fard Infirad secara majmuknya dan dengan Wahdaniyyat ‘Uzhma dan Wahidiyyat Kubra, maka fahamkanlah! Dan pada maqam ini, dengan menudawamkan Zikir Khafi sehingga Zikir dan Zakir Fana dalam Mazkur, dengan memperbanyakkan Muraqabat dan Musyahadat, dan dengan memelihara amalan ibadah yang Fardhu dan Sunan Muakkadah akan membawa seseorang itu kepada Maqam Para Qutub Aqtab dan Para Ghawts Aghwats.
Daerah Wilayat Sughra
Dalam daerah ini adalah merupakan bayangan Zhilal Asma Wajibi dan tempat Wusul bagi Lataif Khamsah yang lima dan Haqiqat bagi Usul. Tauhid Wujudi, Tauhid Syuhudi, Sima’, Wajad dan sebagainya adalah pada daerah ini. Inilah daerah sekelian Para Awliya sehinggakan ianya adalah merupakan bayangan Zhilal bagi Mabadi Ta’ayyunat permulaan ketentuan bagi Para Khulafa Ar-Rasyidin yang empat.
Ketahuilah bahawa di sini, Asma Mabadi Ta’ayyunat yakni nama-nama bagi permulaan ketentuan adalah bayangan Zhilal bagi Para Awliya, sebagaimana Zawat Asma Wajibi yakni zat nama-nama yang wajib bagi permulaan ketentuan adalah Mabadi Ta’ayyunat yakni permulaan ketentuan bagi Para Anbiya ‘Ala Nabiyyina Wa’alaihimus Solatu Wassalam.
Hendaklah diketahui bahawa sifat Ghina iaitu Maha Kaya Haqq Ta’ala dari alam dan sekelian alam adalah secara Zati yakni pada ZatNya. FirmanNya, “Innallaha Laghaniyyun ‘Anil ‘Alamin,” yang bermaksud, “Bahawa sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya daripada seluruh alam.”
Dalam Fana Zati ini akan tsabitlah suatu sifat yang pada zat-zatnya dan pada bayang-bayang Zhilalnya bahawa limpahan Fuyudhz adalah Wasitah perantaraan bagi Kainat kerana bahawa jika nama-nama Asma Sifat tidak ada maka Kainat daripada Purdah ‘Adam tidak akan datang kepada Wujud. Seterusnya urusan Ifadhzah dan Istifadhzah adalah menerusi Tawassut perantaraan nama-nama Asma Sifat ini. Maka, kewujudan Wujud dan penzahiran Zhuhur dan Lawazim Wujud Zhuhur yakni perkara-perkara yang menjadi kelaziman bagi kewujudan sesuatu penzahiran adalah menerusi sebab ini. Menerusi Wasitah perantaraan Ifadhzah dan Istifadhzah Kulliyyah, seseorang itu adalah menjadi Qayyum Az-Zaman dan menjadi satu juzuk daripada sekelian Para Awliya, mentadbirkan alam-alam dan menjadi Madar pusat pentadbiran.
Hendaklah diketahui bahawa daripada nama-nama Asma Ilahi, setiap nama adalah pada martabat Kulliyyat dan manakala martabat Zhilal yang tercipta menerusinya adalah pada martabat Juziyyat. Maka setiap Isim Kulli adalah merupakan Mabda Ta’ayyun permulaan ketentuan bagi seseorang Nabi dan manakala setiap Zhilal Juzi adalah Mabda Ta’ayyun permulaan ketentuan bagi seseorang Wali, dan setiap Juzi adalah dinisbatkan dengan Kulli baginya. Di sisi sebilangan Para Masyaikh inilah pengertian makna bagi Muhammadi Al-Masyrab, Musawi Al-Masyrab, ‘Isawi Al-Masyrab. Dan dalam mencapai hingga ke Hadhrat Zat Haqq, setiap jalan seseorang Wali adalah jalan Ittiba’ menuruti seseorang Nabi.
Adapun di sisi Para Awliya Kamilin, yang dimaksudkan dengan Muhammadi Al-Masyrab adalah seorang pemuda lelaki yang sampai kepada Haqiqat Al-Haqaiq dengan menempuhnya menerusi jalan kecintaan Muhabbat. Maka dengan persiarannya ke daerah-daerah Fauqani yang atas mengatasi sehingga sampai ke Haqiqat Al-Haqaiq dan seterusnya dia Nuzul juga dalam kebesertaan dengan Haqiqat Al-Haqaiq. Orang yang berkefahaman akan dapat memahaminya.
Kemudian hendaklah diketahui bahawa seseorang yang menuruti seseorang Nabi dari kalangan Para Anbiya, menerusi kesempurnaan Ittiba’nya dia akan keluar daripada Juziyyatnya dan akan sampai kepada Kulliyyatnya. Keadaan ini adalah menuruti seterusnya bahawa daripada martabat Kulliyyat, seseorang itu akan sampai kepada martabat Kulli Al-Kulliyyat yakni martabat Haqiqat Al-Haqaiq.
Kemudian hendaklah juga diketahui bahawa bagi Para Wali Muhammad Al-Masyrab, dengan kerana mereka Ittiba’ dengan sempurna maka dapatlah mereka mencapai ke martabat tersebut yang mana pada iktibar sebahagian Para Masyaikh ianya adalah jauh mengatasi Matbu’at yang diikuti meskipun tiada sebarang bahagian Asal padanya. [43]
Juga hendaklah diketahui bahawa seluruh Para Anbiya dapat mencapai pendekatan sehingga Kehadhrat Allah Ta’ala adalah terhasil menerusi jalan Murabbiyun yakni Asma Ilahi. Dan menerusi jalan nama Isim Ajma’ yang paling terhimpun bahawa Allah Ta’ala adalah Murabbi bagi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, mereka dapat sampai dengan secara Tabi’ mengikuti Hadhrat Baginda. Hendaklah diketahui bahawa pada martabat ini, terdapat sangat banyak perbezaan di antara Tabi’iyyat pengikutan Para Anbiya dan Tabi’iyyat pengikutan Para Awliya Muhammadi Al-Masyrab menurut sebahagian iktibar yang tertentu. Sebagaimana pada martabat ini di antara Tabi’iyyat pengikutan Para Awliya dan Asalat keasalan Para Anbiya menurut sebahagian iktibar yang tertentu adalah sangat banyak perbezaannya.
Secara ringkasnya bahawa meskipun Tabi’un iaitu para pengikut dengan kerana Mutabi’at pengikutan mereka pada martabat Haqiqat Al-Haqaiq bahawa apa sahaja yang terhasil, martabat ini adalah lebih atas daripadanya bahawa Matbu’un yang diikuti berhasil mencapai Asalat keasalannya, akan tetapi Matbu’ yang diikuti adalah tetap Matbu’ dan Tabi’ yang mengikuti adalah tetap Tabi’.
Juga hendaklah diketahui bahawa menerusi Jazbah kecintaan Mahabbat terhadap Haqiqat Muhammadi ‘ala Sahibiha as-Solatu Wat-Tahiyyah adalah tsabit datang keluarnya daripada Isim Kulli yang merupakan Murabbi bagi Nabi dan menerusi perantaraan Haqiqat Muhammadi terbitnya Kulliyyat yang lain menjadi mungkin dan ini adalah keupayaan daripada Juzi sehingga sampai ke Kulli kerana seluruh Kulliyyat yang merupakan Mabadi permulaan ketentuan Ta’ayyunat adalah Juziyyat bagi Haqiqat Muhammadi dan bukannya Qalb Haqaiq, oleh kerana itu tiada sebarang persoalan padanya.
Daerah Wilayat Kubra mengandungi:
1. Daerah Qaus
2. Daerah Asal Usul
3. Daerah Asal Asma
4. Daerah Asma
Sekelian persiaran Sayr Para Awliya adalah hanya sehingga daerah yang pertama. Hendaklah diketahui bahawa yang dimaksudkan dengan Asma dan Sifat di sini adalah Sifat Tsubutiyyah Zaidah yang bukannya Sifat Tsubutiyyah Tsamaniyyah yang lapan dan Sifat Salbiyyah, dan dua Daerah serta satu Qaus adalah dalam Wilayat Para Anbiya ‘Alaihimussalam.
Hendaklah diketahui bahawa apabila Salik telah mengembalikan Amanat kembali kepada Wusul dan keadaan ‘Adam Juzi dirinya telah disampaikan hingga kepada ‘Adam Sirf Kulli, maka tiada lagi ‘Ain dirinya yang tinggal dan tiada lagi kesan-kesan daripada Atsar dan Najat Waham dan daripada Afaq dan Anfus dan daripada bayangan Zhilal secapa sepenuhnya akan terhasil. Maka Tajalli Taraqqi yang dihadkan di dalam Wilayat Sughra dan menurut waktu-waktu tertentu, namun pada Maqam Wilayat Kubra ini Tajalli akan berlaku secara berterusan. Permulaan Bidayat bagi Tariqat Naqshabandiyyah adalah penghujung Nihayat bagi Tariqat-tariqat yang lain ada terdapat di sini. Dawam yang dijanjikan untuk mereka yang berada dalam Wilayat Sughra akan terhasil pada mereka yang berada dalam Wilayat Kubra secara tunai di dunia ini dan adalah diyakini bahawa untuk mereka juga terdapat lebih banyak perkara yang dijanjikan berbanding dengan mereka yang berada pada Wilayat Sughra. Fana dan Baqa yang terhasil pada Maqam Wilayat Kubra ini adalah Asal Fana Atamm dan Baqa Atamm, dan Tajalli Haqiqi bagi Fi’l perbuatan, Sifat dan Zat adalah pada Maqam ini. Bagi Nafs akan terhasillah Ithminan ketenangan dan bagi Qalb akan terhasillah kelapangan. Peningkatan dalam tingkatan Ridha dan atas takhta kepimpinan, Nafs Muthmainnah dapat mencapai kesultanan pada maqam ini.
Hendaklah diketahui bahawa pada Wilayat ini, meskipun Nafs mencapai Ithminan dan Fana Nafs juga telah terhasil akan tetapi masih terdapat baki Jihad yang perlu dilakukan terhadap anasir Qalb.
Daerah Wilayat ‘Ulya
Daerah Wilayat ‘Ulya adalah Daerah Asma Batini Wajibi bahawa menurut iktibar Isim Az-Zahir adalah satu darjah lebih dekat dengan Hadhrat Zat dan ianya merupakan Mabadi permulaan Ta’ayyunat bagi Para Malaikat dan Para Mala A’la, dan urusan muamalah yang berlaku dalam daerah ini adalah pada anasir Api, Angin dan Air, dan bahawa susunan Para Malaikat juga adalah menurut susunan tersebut.
Hendaklah diketahui bahawa dalam Wilayat ‘Ulya, persiaran Sayr adalah dalam Isim Al-Batin sebagaimana persiaran Sayr pada Wilayat Kubra adalah dalam Isim Az-Zahir, yakni dalam Wilaya Kubra berlaku Sayr pada Sifat-Sifat seperti ‘Ilmu, Qudrat, Iradat dan sebagainya, maka dalam persiaran Sayr yang berlaku pada Wilayat ‘Ulya adalah dalam pengertian Isim Al-‘Aliim, Al-Qadiir, Al-Muriid dan sebagainya. Dan tidak terdapat sebarang kesesuaian antara keluasan Sifat-sifat dan keluasan pemerhatian terhadap Sifat-sifat, bahkan terdapat ciri-ciri Tafawut perbezaan yang sangat banyak.
Ketahuilah bahawa pada Wilayat ‘Ulya yang merupakan Wilayat Para Malaikat Mala A’la adalah mengatasi kedudukan Wilayat Anbiya iaitu Wilayat Kubra, namun kelebihan Afdhaliyyat masih belum terhasil kerana seseorang yang menanggung Wilayat Tahtani perlukan ‘Urujat untuk mencapai Haqiqat bagi Wilayat Fauqani. Dan seseorang yang menanggung Haqiqat Wilayat ‘Ulya tidak akan Mahbus terhenti pada Haqiqat ini. Sebagaimana Fadhal kekurniaan adalah bagi unsur Tanah meskipun anasir yang lain lebih mencapai ketinggian, maka Wilayat yang dinyatakan ini adalah Fauqiyyat tinggi kedudukannya namun tiada Afdhaliyyat kelebihan padanya. Fadhal dan Afdhaliyyat adalah untuk Para Anbiya ‘Alaihimussalam.
Daulat kemuliaan pada Wilayat ‘Ulya adalah bahawa ianya merupakan Martabat Ula bagi Ta’ayyun Awal dan Jami’ yang terhimpun kesemua Maratib-martabat Asma, Sifat, Shuyunat dan I’tibarat.
Pada maqam daerah kesempurnaan Kamalat Nubuwwat, Sifat-sifat, Asma, Shuyunat dan I’tibarat bagi Hadhrat Zat diperbezakan antara satu dengan yang lain pada Nazar pemerhatian dan sudut pandangan kecintaan Mahabbat bukannya pada Kharij luaran. Urusan muamalah pada maqam Kamalat Nubuwwat ini adalah dengan juzuk-juzuk Tanah pada tubuh badan. Inkisyaf penyingkapan berkenaan Huruf-huruf Muqattha’at Qurani dan Takwilat berkenaan Ayat-ayat Mutasyabbihat adalah pada maqam ini.
Hendaklah diketahui bahawa Nubuwwat adalah dikuhususkan bagi Para Anbiya ‘Alaihimussalam dan kesempurnaan Kamalat Nubuwwat juga secara asalnya adalah dikhususkan bagi mereka, akan tetapi ianya juga turut dipemudahkan terhadap sebahagian Afrad dari kalangan Ummat Marhumah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara pengikutan Ittiba’. Dan nisbat di antara tiga martabat Wilayat Tsalatsah iaitu Wilayat Sughra, Kubra dan ‘Ulya dibandingkan dengan Kamalat Nubuwwat adalah seumpama setitis air dari sebatang sungai. Seseorang ‘Arif yang sampai pada maqam ini akan menjadi seorang Mukmin yang sebenar atas keimanan terhadap Ghaib Haqiqi dan termasuk dalam golongan Para Ulama Rasikhin, dan dengan keseimbangan anasir dalam tubuh badannya, maka Qalibnya akan mendorong tubuh badannya untuk mematuhi perintah Ukhrawi. Pada maqam ini dalam hal keadaan mendaki, arah tumpuannya adalah terhadap Haqq dan dalam keadaan menuruni, arah tumpuannya adalah terhadap Khalaq kerana pemerhatian dan pengawasan tidak akan berterusan terhadap perkara yang di atas. Dan pada hal keadaan menuruni, unsur Tanah adalah yang paling bawah sekali, namun adalah yang Afdhal paling berkelebihan dan Atamm paling sempurna.